Thursday, 1 May 2014

MASALAH DALAM MEMBACA

Masalah membaca merupakan masalah umum dimana semua masyarakat dunia mengalami fenomena ini sama ada bagi masyarakat dalam negara miskin atau dunia ketiga, malahan bagi negara maju atau negara indistri sendiri pun masalah ini masih berlaku dengan secara berluasa.

FAKTOR-FAKTOR MASALAH  MEMBACA:      
               

4.1 FAKTOR DALAMAN 

        4.1.1  FAKTOR FIZIKAL

Kecacatan yang ringan terhadap deria tidak akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca., tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah:

        (i) Penglihatan 
Simpton seperti rabun dekat, rabun jauh, juling, Amblyopiks, dan Astigmatism ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal daldm kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan bertulis. Jika pada peringkat awal ini sukar dilakukan, maka kanak-kanak akan menghadapi masalah untuk meneruskan proses membaca pada peringkat seterusnya iaitu peringkat mendekod.                                                                                      
      (ii) Persepsi Penglihatan



       (iii) Pendengaran (Auditori)
 Mereka yang mempunyai masalah pendengaran juga akan menghadapi masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Contohnya kanak-kanak ini tidak dapat membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e. Kecacatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori, iaitu kecacatan sementara dan kecacatan kekal. Kecacatan sementara boleh dirawat dengan mendapatkan rawatan dokotr perubatan biasa seperti pembersihan lubang telinga atau mengambil antibiotik, tetapi kecacatan yang kekal perlu kepada rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau memerlukan pembedahan.


                                                                                                       
          (iv)Pertuturan 
  Punca masalah pertuturan (seperti kecelaruan bunyi suara, nada yang tidak menentu, pertuturan spastik, dan sebagainya) ialah masalah emosi, kelewatan pertumbuhan, kurang pendengaran, pertumbuhan kerongkong yang tidak lengkap, sumbing, dan kecederaan otak atau sebahagian daripada otak. Namun demikian tidak semua punca masalah pertuturan ini boleh mengakibatkan masalah tidak berkeupayaan membaca. Jika ada pun kesannya ialah kesan tidak langsung, iaitu kesan psikologikal.
                                                                                     
      4.1.2 FAKTOR NEUROLOGIKAL 

Neurologi ialah kajian yang berkait sistem saraf iaitu sistem saraf manusia termasuklah sistem dalam otak, tulang belakang, urat, ganglia (tisu urat yang pelbagai), dan bahagian organ reseptor. Sebahagian daripada bahagian neurologi ini boleh memberikan kesan terhadap kebolehan membaca. Faktor neurologi berkait dengan masalah kesihatan yang diakibatkan jangkitan kuman atau prakelahiran.

       (i) Kerosakan Otak 
Kerosakan otak boleh diakibatkan oleh kecederaan, penyakit, atau kesan bahan toksit yang mencemar otak atau bahagian otak. Kecederaan otak juga boleh terjadi sejak dilahirkan (pre-natal neurological disorder). Ini semua akan menyebabkan perubahan yang luar biasa terhadap bentuk. Biasanya pengesanan terhadap kecederaan otak ini boleh dilakukan menerusi electroencephalogram (EEC), tetapi tidak semua keputusan ujian EEC bertepatan walaupun disertakan dengan kajian sejarah kelahiran.

      (ii) Neurologi Tidak Berfungsi 
Bahagian otak yang tidak berkembang sepenuhnya atau bahagian otak yang tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan. Buta perkataan bagi orang dewasa boleh juga diakibatkan oleh serangan sakit jantung. Hyperlexia iaitu seseorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal. Simpton ini juga boleh mneyebabkan masalah tidak berkeupayaan membaca dan pembelajaran yang serius.

      (iii) Faktor Emosi 
Kerapnya bukan emosi yang mempengaruhi kejayaan membaca tetapi kegagalan dalam membaca akan mengganggu emosi seseorang pelajar. Pelajar yang gagal membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak bermotivasi, kecewa, malas, gagal, dan sebagainya. Namun demikian ada juga kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi yang mengganggu pencapaian mereka dalam pelajaran umumnya dan membaca khasnya. Kes penderaan, kes kanak-kanak terbiar, dan kes perpecahan keluarga boleh mengakibatkan gangguan emosi kepada kanak-kanak dan ini sekaligus menyebabkan mereka susah untuk membaca.

     (iv) Faktor Keturunan
Ada kajian yang mengatakan keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contoh kanak-kanak kembar, kembar seiras dan kembar seibu (identical and fraternal twin), menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah dalam pencapaian membaca berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.

                                     


                                                 

4.2 FAKTOR LUARAN

      4.2.1 Faktor Sosioekonomi 
  Sosioekonomi kerap menjadi salah satu pembolehubah dalam kajian yang berkaitan pencapaian pelajar untuk membaca. Kanak-kanak dari sosioekonomi rendah selalunya mempunyai pencapaian yang rendah dan kanak-kanak dari sosioekonomi tinggi selalu mendapat pencapaian yang tinggi juga. Keturunan kaum dan perbezaan budaya juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam membaca.

       4.2.2 Faktor Instruksional
   Kaedah, teknik dan strategi pengajaran guru amat penting bagi menetukan kejayaan pelajar mencapai objektif pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kaedah dan teknik yang digunakan guru perlulah sesuai dengan tahap perkembangan dan keupayaan pelajar. Berdasarkan banyak kajian yang dilakukan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran amat mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan pelajar menguasai sesuatu kemahiran. Faktor instrusional guru juga merupakan faktor luaran yang boleh mempengaruhi kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca pada pelbagai tahap yang berbeza.      
                                                                        
         4.2.3 Faktor Motivasi
    Motivasi dari pihak luar juga amat mempengaruhi keupayaan membaca. Kanak-kanak yang kerap digalakkan membaca dan diberi peluang untuk membaca akan lebih pantas menguasai kemahiran membaca daripada kanak-kanak yang tidak ada galakan dan tidak diberikan persekitaran membaca yang kaya. Galakan dan dorongan membaca yang datang dari pihak luar, seperti dari pihak sekolah dengan mengadakan pelabagi program membaca amat berkesan dalam memberikan semangat yang positif dalam kalangan pelajar bagi menguasai kemahiran membaca. Program membaca perlu dilaksanakan bagi kanak-kanak yang berbeza keupayaannya.

                                                               
         4.2.4 Faktor Genetik
     Perbezaan perkembangan otak seseorang manusia yang berkaitan dengan pembelajaran pemikiran kadang kala sangat dipengaruhi oleh faktor genetik. Penanda genetik untuk pembaca yang lemah telah dikenalpasti pada kromosom 6 dan 15 (Kibby & Hynd, 2001). Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh berpunca daripada keturunan dan kerap berlaku dalam sesuatu keluarga. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran begini dapat dilihat dalam keluarga yang mempunyai pola yang sama seperti masalah pembelajaran yang dipunyai oleh ibu bapa waktu mereka bersekolah.

1 comment:

  1. Tahnia diucapkan kerana dah membina blog menarik ini, semoga bermanfaat untuk sesiapa yang mencari tentang maklumat keterampilan membaca.

    ReplyDelete