Sunday, 4 May 2014

PEMILIHAN BAHAN BACAAN

5.1 MENENTUKAN TAHAP KESUKARAN

Dalam menentukan tahap kesukaran bahan yang hendak dibaca, guru perlu memastikan bahan itu boleh dibaca dengan penggunaan kamus yang minimum. Sekiranya pelajar terpaksa merujuk terlalu banyak perkataan  sukar di dalam kamus, pelajar akan menjadi cepat letih dan keliru apabila cuba mencantumkan semua perkataan yang diperoleh maknanya dalam kamus. Walau bagaimanappun, wujud jurang daripada segi kesukaran bahan teks autentik daripada yang paling mudah seperti rencana pengarang, karya sastera, kritikan dan teks saintifik.
Oleh itu, pelajar akan selalu menemui bahan yang dianggap sesuai dengan tahap bacaanya. Sekiranya pelajar baru mula membaca, cari bahan-bahan yang disediakan khas untuk pembaca yang baru dengan memulakan membaca iklan-iklan akhbar, keterangan di bawah gambar dan notis terutamanya apabila bahan-bahan itu dibantu dengan bahan bergambar.
Sekiranya pelajar adalah pembaca peringkat pertengahan, pelajar tersebut mampu untuk membaca dan memahami bahagian yang paling pendek seperti frasa yang tidak kompleks dalam akhbar dan majalah. Di samping itu, pelajar juga dapat membaca cerita-cerita pendek yang mudah terutamanya yang mempunyai jalan cerita yang jelas. Bagi tujuan itu, pelajar tidak sepatutnya bimbang untuk memahami keseluruhan bahan itu. Sebagai permulaan, pelajar perlu merasakn dia sedang melakukan usaha bagi meningkatkan pemahaman sekiranya dia boleh mengikuti jalan cerita tanpa perlu berasa bimbang untuk memahami keseluruhna cerita.

5.2 MEMILIH TAJUK BACAAN

Dalam memilih tajuk bacan, kebiasaannya dengan suatu tajuk dapat membantu pelajar lebih mudah meneka makna perkataan yang jarang ditemui. Keadaan ini dapat mengurangkan jurang pengetahuan bahasa. Sekiranya pelajar adalh seorang pembaca pada tahap permulaan ataupun pertengahan, pilih keratan akhbar yang pendek dan petikan majalah berkaitan topik yang pelajar mempunyai sedikit pengetahuan berkaitannya.
Sebagai contoh, membaca berkaitan satu kejadian semasa dalam bahasa ibunda dan kemudian membacanya dalam bahasa kedua yang dipelajari adalah satu cara yang baik bagi memulakan membaca surat khabar bahasa kedua.

5.3 BAHAN YANG MENARIK MINAT

Bahan yang menarik minat pelajar dapat dibuat dengan memilih bahan-bahan yang difikirkan dapat mendatangkan minat supaya terus membaca. Sekiranya didapati bahan yang dibaca itu menari, pelajar mungkin meneruskan bacaannya dan situasi ini menunjukkan sebahagian daripada kejayaan pelajar.
Sebagai contoh, sekiranya pelajar merancang hendak melancong, baca panduan berkaitan negara yang hendak dilawati dalam bahasa kedua. Sekiranya berminat dengan negara yang bahasanya sedang dipelajari, langganlah surat khabar ataupun majalah popular dari begara itu. Akhbar dan majalah begitu sesuai untuk pelajar yang belajar membaca kerana bahan yang terkandung di dalamnya menawarkan sesuatu untuk semua orang. Ia mengandungi petikan daripada pelbagai tahap kesukaran dan selalunya mempunyai gambar dan ilustrasi yang boleh menimbulkan minat membaca.

No comments:

Post a Comment