Sunday, 4 May 2014

PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN MEMBACA

Bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran membaca, guru perlulah menggunakan pendekatan pendekatan mengajar yang sesuai. Pemilihan pendekatan ini pula perlu mengambil kira aspek kebolehan pelajar, teks yang digunakan serta pengalaman pelajar.

6.1 PENGAJARAN MEMBACA ASAS

Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca beberapa kemahiran membaca yang biasa pada situasi membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan bimbingan. Pendekatan ini juga menekankan kesinambungan pengulangan dan mengulang kaji perkataan yang sudah diajar sebelumnya. Penambahan kepada perkara yang sudah diajarkan dalam pengajaran membaca dapat membantu menguasai kemahiran membaca.
Pola perbendaharaan kata dan ejaan perlu diperkenalkan dalam gaya yang sistematik. Perkataan dan elemen-elemen perkataan dikawal dan diperkenalkan merujuk kepada andaian bilangan perkataan yang dapat dipelajari dalam waktu tertentu.

          6.1.1 Kaedah Pengajaran Membaca Asas


Pendekatan ini penting dikuasai terutama pada peringkat awal penguasaan kemahiran kemahiran membaca. Guru perlu memikirkan kebolehan pelajar serta pengalaman membaca terdahulu. Prinsip pengajarannya dinyatakan seperti berikut :

  • Pengajaran Perkembangan Kemahiran
Guru menuliskan perkataan di papan hitam. Di samping itu, guru membulatkan perkataan yang mempunyai bunyi yang sama.
  • Pelajaran Membaca Secara Terarah
Kaedah ini dapat dibahagikan kepada lima cara iaitu:

          (i) Motivasi
Berdasarkan latar pengalaman, kuiz, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

           (ii) Persediaan latar belakang
Apabila terdapat perkataan yang sukar atau asing, tuliskan di papan hitam dan minta pelajar meletakkan dalam petikan ataupun menggunakan dalam perbualan. Pelajar juga boleh menekan maknanya dalam konteks.


          (iii) Menetapkan ujian

Guru dan pelajar sama-sama menguji pilihan dan menentukan tujuan yang diberikan. Adakah bahan itu melucukan, belajar membuat sesuatu, menjawab soalan atau menyelesaikan masalah.

          (iv) Membaca semula secara senyap ataupun lisan secara terarah.
Pelajar diarahkan membaca teks pilihan dan menjawab soalan semasa membaca senyap. Guru juga boleh pergi kepada pelajar secara individu dan minta pelajar membaca secara kuat tanpa bertanya apa yang didapati atau difahami dan masalah yang timbul. Berikan juga perhatian kepada pelajar yang lemah.

          (v) Tindak balas dan Perluasan
Pelajaran membaca diikuti dengan aktiviti yang memberi pelajar pilihan mempraktikkan kemahiran yang diperoleh. Buku kerja, pengajaran kendiri atau helaian aktiviti boleh digunakan.



6.2 PENDEKATAN TEKNOLOGIKAL


Unsur utama dalam pendekatan ini adalah keupayaan menghasilakn pengajaran berurutan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Pendekatan ini menekankan perkara yang dapat dirasai oleh pancaindera dan dibuktikan kebenarannya. Pendekatan ini juga dilabelkan sebagai :

                            (i) Sistem membaca berdasarkan objektif
                            (ii) Program berdasarkan kriteria
                            (iii) Membaca berdasarkan kecekapan
                            (iv) Sistem pengurusan kemahiran
                             (v) Membaca berdasarkan perspektif diagnostik.



     6.2.1 Bahan dan Kandungan



Terdapat dalam empat komponen :

  • Objektif dan tingkah laku
Mengenal pasti perkataan, objektif bagi pemahaman dan kemahiran belajar.
  • Ujian kriteria bagi setiap objektif
Menentukan status atau kedudukan individu dengan merujuk domain tingkah laku seperti kemahiran membaca atau kombinasi bberapa kemahiran dalam membaca. Sesuaikan dengan objektif bagi kesemua rangsangan yang diberikan. Contohnya, gambar objek yang biasa dan tindak balas dan memilih perkataan dalam rima biasa.
  • Strategi pengajaran
Wujud dalam bentuk bahan, program pelajaran atau aktiviti yang pelajar perlu menunjukkan tindak balas. Di samping itu, strategi melalui contoh dan penerangan membantu mereka mencapai objektif yang sudah ditetapkan. Sesetengah sistem pengajaran secara teknologinya menawarkan hanya sumber khusus seperti muka surat tertentu buku kerja, permainan ataupun kit pembelajaran yang b erguna dalam pengajaran. Guru boleh melaksanakan pengjajaran melalui pita rakaman ataupun menggunakan buku kecil yan tidak memerlukan guru hadir bersama murid.
  • Sistem penyimpanan rekod
Rekod mengenai kemahiran yang sudah dikuasai yan ditafsir melalui keupayan dalam ujian rujukan kriteria dan menunjukkan objektif dan arahan yang diambil tindakan. Pelajar dinilai dengan cara menghuraikan statusnya merujuk kepada objektif yan disediakan. Apabila pelajar lulus dalam praujian, pelajar akan diberikan tugasan yang lebih mencabar.




Rajah model menunjukkan prosedur dalam pendekatan teknologikal


6.3 PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA


Pendekatan ini seringkali digunakan kepada pelajar-pelajar terutamanya yang mempunyai perbezaan linguistik. Kelebihan pendekatan ini menurut Lewis (1990) adalah :

   (i) Dengan menggunakan bahasa lisan pelajar dapat mencerminkan penguasaan sintaksis dan struktur ayat.

   (ii) Penggunaaan perbendaharaan kata menggunakan bahan bacaan berdasarkan bahasa dan pengalaman pelajar. Perkataan itu mencerminkan kandungan teks bagi memudahkan pelajar membina makna. Pelajar yang mempunyai pengalaman bahasa mudah menguasai teks. Dapatan ini menjadi pendorong kepada pembaca peringkat awal dan melahirkan sikap positif dalam membaca.

    (iii) Menggabungkkan penulisan dalam mengarang cerita daripada pengalamn individu ataupun kumpulan.

    (iv) Dalam menggunakan pendekatan ini, adalah penting menggunakan keupayaan bahasa pelajar. Guru perlu tekal dalam menggunakan bahasa lisan pelajar. Apabila guru hendak menilai secara autentik, guru perlu menfokuskan kepada kiu sintaksis sebagai kemahiran membaca pada masa hadapan.

   (v) Bahan seperti cerita daripada individu dapat dituliskan. Apabila kumpulan cerita itu dituliskan, perbendaharaan kata dan sintaksis dapat dikembangkan.

     (vi) Pendekatan ini dapat disepadukan dengan pendekatan yang lain. Guru boleh memulakan pengajaran membaca dengan pendekatan ini dan kemudian dengan memperkenalkan pendekatan berasaskan kesusasteraan.

      (vii) Mengikut kajian, penggunaa pendekatan ini di sekolah bertambah secara positif (Stahl, 1990).

Pendekatan ini melibatkan aktiviti belajar termasuk hubungan antara pemikiran, pertuturan, penulisan dan membaca. Guru merangsang pelajar mengenai perkara atau peristiwa. Contohnya binatang, teka kata, masalah, isu, pemerhatian individu. Di samping itu, pelajar digalakkan melahirkan secara lisan pemikirannyamengenai situasi itu. Pelahiran ini berdasarkan huraian secara situasi, analisis maslaah dan cadangan penyelesaian daripada perkara yang pernah dilihat. Perkara  itu ditulis oleh pelajar dan dihantar kepada guru. Perkara yang sudah diifikirkan, diucapkan dan ditulis dapat dibaca dengan bermakna.

   
  6.3.1 Bahan dan Kandungan

a) Tidak menggunakan buku teks tertentu kerana pendekatan ini merujuk kepada kaedah yang berfokuskan pengalaman.

b) Perbendaharaankata dan pola ayat yang dibina sndiri oleh pelajar.

c) Isi kandungan yang dilahirkan adalah refleksi daripada pengalaman pelajar sendiri dan aktiviti yang diucapkan.

Aktiviti membaca : guru boleh menetapkan strategi pengajaran seperti contoh di bawah :

Set 1
Perkembangan perbendaharaan kata dan berkongsi pengalaman antara individu. Aktiviti ini menjurus kea rah perbincangan dan membaca buku secara individu.

Set 2
Aktiviti lain bekaitan pola bahasa dan memberi peluang kepada pelajar mengaitkan hubungan antara kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Pelajar juga membuat generalisasi pol ayat dan kekerapan menggunakan perkataaan tertentu dalam teks.

Set 3
Membantu pelajar mengaitkan idea pengarang dan kaitannya dengan pengalaman personal. Aktiviti ini melibatkan aktiviti membaca pelbagai bahan bercetak, membaca bagi tujuan khusus, meringkaskan, menentukan nilai atau kebaikan bahan yang dibaca.

      6.3.2 Bahan Bacaan


Bahan cerita daripada pengalaman individu dan kumpulan boleh digunakan dalam mengajar kemahiran pemahaman. Pelajar boleh disuruh melukis berdasarkan petikan bertulis, menjawab berdasarkan fakta dan membuat inferens.


       6.3.3 Kaedah mengajar
  • Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah pengajaran seperti di bawah :
  • Mereka keperluan berfikir dan pelahiran atau rangsangan lisan.
  • Menulis pemikiran yang diucapkan.
  • Membaca perkara yang ditulis.
  • Membuat generalisasi berkenaan pola ejaan dan ayat yang ditulis.
  • Menyatakn cara pemilihan dan penyususnan yang mempunyai kesan ke atas makna.

      6.3.4 Perbendaharaan Kata


Mengajar pemilihan kata dengan cara mengarahkan pelajar melihat perkataan melalui carta pengalaman yang kata dasarnya sama. Arahkan mereka menyatakan perkataan baru yang sama dengan perkataan yang bermula dengan bunyi yang sama dengan huruf itu.


     6.3.5 Pemahaman 

Pelajar disuruh membaca carta pengalamnnya dengan intonasi yang berbeza. Perhatikan cara intonasi dan sebutan yang mengubah makna. Langkah ini membantu pemahaman pelajar.

     6.3.6 Penulisan


Pelajar menyalin perkataan yang direncanakan dalam cerita-cerita pengalaman. Pelajar menulis ayat-ayat yang sesuai. Guru membantu dalam aspek ejaan, tanda baca dan huruf besar. Cerita yang dibaca oleh pelajar lain mesti dieja dengan betul.


      6.3.7 Kekuatan
  • Hubungan yang rapat antara belajar membaca dan kepentingan pelajar sendiri, perhatian dan bahasa yang digunakan.
  • Menghasilkan kesepaduan dalam semua kemahiran berbahasa seperti berfikir, bertutur,  mendengar, menulis dan membaca.

     6.3.8 Kelemahan
  • Memerlukan guru mengakses pengalaman pelajar dan disalurkan pengalaman itu bagi tujuan perkembangan bahasa.
  • Penggunaan perkembangan mental yang kompleks. Perbualan atau aktiviti lisan menganggu proses belajar membaca kanak-kanak. Perbualan yang biasa bergantung kepada konteks dan bahasa badan atau non-verbal bagi tujuan pemahaman. 

6.4 PENDEKATAN MEMBACA INDIVIDU


Melalui pendekatan ini, penekanan diberikan kepada :

  1. Tahap yang berbeza dalam pembacaan individu.
  2. Pelajar memilih bahan bacaannya dan mengaitkan dengan keperluan, minat dan keupayaan membaca. Guru membantu cara memilih buku dengan cara penyiringan serta menerangkan kesukaran ketika membacanya.
     6.4.1 Bahan dan kandungan


Memberi peluang kepada pelajar membaca secara meluas dan bebas berdasarkan buku dan majalah pelbagai tajuk.


     6.4.2 Tujuan
  • Memberi kesan yang meluas dalam menarik minat membaca pelajar dan komitmen menjadikan aktiviti membaca sesuatu yang bernilai dalam kehidupannya.
  • Mengembangkan kecekapan kemahiran bahasa yang luas bermula dengan memilih kata yang mudah kepada aplikasi kemahiran bahasa dengan kandungan bahan yanh lebih kompleks.
  • Menambahkan keupayaan pelajar memahami dan menilai bahan bacaan. Contohnya, meluaskan keupayaan mengingat semula perkara yang sudah dibaca sama ada pelajar seudah dapat memahami secara keseluruhan ataupun tidak.
    6.4.3 Pelaksanaan pengajaran


Bagi melaksanakan pengajaran membaca, guru-guru boleh melaksanakannya berdasarkan prinsip-prinsip di bawah :


a) Pilihan kendiri
  • Percaya setiap kanak-kanak memilih buku berdasarkan  minat dan kepercayaan.
  • Sesetengah pelajar memerlukan sedikit bantuan danpanduan semasa memilih buku.
  • Daripada segi reka bentuknya, pelajar membaca secara berdikarai berdasarkan bahan yang mereka pilih, menetapkan tujuan sendiri dan membaca mengikut kemampuan sendiri
b) Perbincanagn antara guru dan murid
  • Pengajaran dijalankan secara personal atau melalui konferensi.
  • Meluaskan penglibatan murid menggunakan huraian yang sesuai. Contohnya, berbincang berkenaan idea daripada buku dan implikasinya kepada kehidupan.
      6.4.4 Contoh konferensi
Konferensi atau perbincangan dilakukan dengan berdasarkan perkara-perkara yang   dibincangkan seperti di bawah :

      a) Idea utama : Apakah jenis cerita ini ? Huraikan buku yang dibaca dalam satu patah kata?

     b) Struktur nilai : Adakah hujah kamu ke atas kandungan buku itu? Pada bahagian mana kamu setuju                 dengan hujah itu? Mengapa?

     c) Pemikiran kritis : Bila waktu kamu membaca buku itu ? Adakah kamu mendapat idea yang tidak                     dinyatakan dalam kandungan teks? Apakah cerita sebenar buku itu ?

       d) Urutan : Apabila cerita itu sebuah drama, apakah peristiwa yang menghiasi setiap lakonan?
      e) Pengarang : Apabila kamu menulis surat kepada pengarang apa yang kamu katakana berkaiatan buku                               itu?

      f) Sebab memilih : Mengapa kamu memilih buku itu? Apakah yang kamu belajar daripada buku itu ?

     g) Kesedaran rakan : Siapakah rakan kamu yang suka membaca buku ini ?

     h) Definisi perkataan : Beritahu saya apakah maksud perkataan ini? Gunakan dalam ayat?

     i) Kemahiran belajar : Beritahu saya tema cerita selepas melihat daftar atau jadual isi kandungan?

    j) Penerimaan : Tunjukkan ayat yang kamu tidak tahu? Bagaimana kamu mengeluarkan kata itu daripada                              teks?

k) Bahasa lisan : Apakah yang berlaku kemudian? Bolehkah kamu bacakan secara menggembirakan?

Kebanyakan guru memberi bnayak masa bagi perbincangan individu, kurang masa bagi kumpulan kecil. Terdapat aktiviti yang melibatkan keseluruhan kelas, apabila pelajar berkongsi aspek-aspek dalam cerita, mengungkapkan makna puisi, membuat generalisasi dan sebagainya,

     6.4.5 Rekod bacaan harian


Kekuatan

  • Menghormati keperluan unik pelajar dan mengakui pengaruh motivasi bagi meningkatkan minat pembaca.
  • Buku dan bahan bacaan yang dipilih pelajar memberi kesanpositif daripada bahan yang dipilih guru.
  • Aktiviti yang tidak menekan komitmen peribadi.
  • Tidak ada pertandingan dengan rakan.
Kelemahan
  • Minat pelajar yang terhad.
  • Pemilihan bahan yang sempit.
  • Memerlukan arahan kendiri dan pengurusan.
  • Perancangan masa konfensi sukar dilakukan.
  • Bergantung kepada keupayaan guru membuat pemerhatian, menyoal dan membuat interprestasi.
     6.4.6 Peranan guru
  • Membimbing pelajar membuat pilihan yang sesuai bagi bacaan.
  • Membantu membiasakan tujuan mebaca bagi buku tertentu.
  • Gunakan pelbagai landasan atau cara : Ceritakan berkenaan buku, bercakap mengenai pengarang.
  • Dibimbing dengan keperluan pelajar.
  • Dapat mendiagnosis keperluan pelajar danmemotivasikan.
  • Sediakan banyak masa berbincang.



6.5 PENDEKATAN BAHASA BERSEPADU BERSADARKAN FALSAFAH BAHASA KESELURUHAN


Banyak sekolah yang melaksanakan pendekatan bersepadu yang menggunakan falsafah bahasa menyeluruh bagi mengajar membaca danperkembangan bahasa untuk pelajar-pelajar daripada pelbagai budaya.

Ciri utama pendekatan ini mencerminkan teori utama yang menekankan pemerolehan bahasa kedua dan membina kekuatan linguistic pelajar. Pengajaran bahasa secara bersepadu adalah bagi membina dan meningkatkan pengetahuan asas pelajar. Pendekatan ini juga menggabungkan bahasa dengan aspek lain pengajaran bahasa seperti pengajaran bidang isi kandungan dalam sains sosial ataupun sains tulen.

Dalam pendekatan ini, pelajar melakukan pembacaan bagi keseronokan dan mendapatkan maklumat.guru membantu pelajar yang memerlukan bantuan pada masa tertentu tetapi bimbingan guru difokuskna kea rah menyelesaikan masalah. Ini adalah matlamat utama pendekatan pengalaman membaca bahasa menyeluruh. Di samping itu, pelajar membaca dengan tujuan mendapatkan maklumat serta cara menggunakan maklumat sebagai cirri utama pendekatan ini. Pelajar berkongsi dengan rakannya dan mengaitkan kebolehan membaca dengan pencapaian lisaun ataupun tulisan yang menjadi matlamat utama pengajaran bahasa yang menyeluruh.

Lembaran kerja dan penilaian pembaca jarang dilakukan di dalam kelas pengajaran bahasa menyeluruh. Pelajar mempunyai pilihan belajar kesemua kemahiran membaca yang perlu, tetapi bahan bacaan berpusatkan pelajar dan fungsi guru sebagai fasilittaor pelajar. Heiger (1991) menegaskan pengajaran menggunakan bahan bersifar autentik terlalu penting kepada pelajar bahasa pertama dan kedua. Beiger (1996) pula menggalakkan guru untuk membina pengajaran menggunakan kesusasteraan bagi membantu menyediakan pendidikan yang  bersifat multi budaya kepada semua pelajar.

Pelajar dapat mengembangkan penguasaan bahasanya secara semula jadi. Guru perlu mewujudkan kelas yang membolehkan pelajarberinteraksi dengan pelajar lain. Bagi pelajar bahasa kedua, mereka perlu membina makna sendiri dengan mengingati teks atau merujuk pemikiran orang lain. Pendekatan ini menekankan makna dalam konteks dan pengalamna pelajar bagi memudahkan pemahaman membaca. Proses belajar membaca meliputi pendekatan menyeluruh bagi tujuan literasi yang menekankan antara satu sama dengan yang lain seperti aspek interaktif dalm bahasa iaitu membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

Bahan bacaan yang bersifat dapat diramal ssesuai bagi membina bahsa pelajar. Buku bercorak cerit adengan cirri dapat meramal seperti bentuk rima dan frasa yang berulang-ulang menggalakkan perkembangan bahasa. Buku bergambar juga memudahkan pembaca memahami cerita itu. Pengajaran berasaskan bahasa menyeluruh menggalakkan penghasilan cerita daripada pe;ajar (Freppon, 1995). Cerita yang dibina membantu pelajar mengembangkan konsep kendiri pelajar dengan membina karya yang dihasilkan oleh mereka sendiri.


6.6 PENDEKATAN MEMBACA BERASASKAN BAHAN KESUSASTERAAN

Bahan kesusasteraan banyak membantu pelajar membaca. Pembacaan pada peringkat awal banyak menekankan bahan-bahan kesusasteraan yang mungkin dalam bentuk yang paling asas seperti  bahasa berirama atau rnagkap pantun. Di samping itu, pada peringkat awal membaca dapat mendorong pelajar memahami dengan lebih meluas aspek bahasa yang terkandung dalamnya sama ada bentuk struktur ayat ataupun perbendaharaaan kata.


Bahan puisi banyak mendorong pelajar supaya terus membaca. Dengan menggunakan  keindahan bahasa yang wujud dalm bahan itu, pelajar dapat mengetahui kandungan cerita atau mesej yang disampaikan oleh penulis. Bagi pelajar yang berbilang kaum, penggunaan sastera daripada etnik yang lain dapat membantu mereka memahami danmengamalkan rasa bersama dalam satu kelompok pelbagai etnik. Terdapat beberapa tahap dalm pengajaran menggunakan bahan multi etnik dalamkurikulum. Tahap tersebut ialah :
  1. Pendekatan menyumbang di mana pelajar digalakkan supaya membaca berkenaan sumbangan sesuatu etnik contohnya budaya, tokoh dan sebagainya.
  2. Pendekatan tambahan etnik bagi menambahkan kandungan, konsep dan tema yang berkaitan denganbudaya yang pelbagai.
  3. Pendekatan transformasi yang berperanan menyesuaikan atau membina semula kurikulum supaya pelajar lebih prihatin ke atas tema, masalah dan konsep daripada pelbagai etnik.
  4. Pendekatan tindakan sosial di mna guru memilih bahan sastera dan meminta pelajar mengenal pasti masalah sosial danprihatin ke atasnya. Dengan ini, pelajar tahu car amengatasi sesuatu masalah.
  5. Dalam konteks pendidikan bahasa di malaysi, KOMSAS iaiitu Komponen Sastera dapat membantu mencapai tahap itu. 

6.7 PENDEKATAN PEMBACAAN LISAN


Pendekatan ini sesuai kerana buku yang mengandungi bahasa yang mempunyai cirri pengulangan sesuai bagi bacaan lisan. Guru membacakan cerita kepada kelas dan pelajar mengikuti bacaan guru secara kuat. Merek berbincang berkenaan cerita dan membacanya sekali lagi. Dalam pendekatan ini, guru memilih perkataan dan frasa secara individu serta menekankan pembacaan lisan.

Bacaan secara koral atau berkorus juga digunakan secara berkesan dalam kumpulan pelajar pelbagai etnik. Penggunaan pembacaan koral jug ameningkatkan pemerolehan bahsa kedua pelajar dengan :
  1. Menciptakan persekitaran kebimbangan yang rendah
  2. Meliputi latihan pengulangan
  3. Berdasarkan kepada input yang dapat difahami
  4. Drama yang digabungkan (McCauley dan McCauley, 1992).


6.8 PENDEKATAN PEMBACAAN ASAS



Beberapa perkara yang perlu diberikna perhatian apabila guru menggunakan pendekatan ini adalah :

  1. Mengembangkan konsep latar belakang dan perbendaharaan kata sebelum membaca.
  2. Mahir mengemukakan soalan semasa membaca senyap bagi mengenal pasti dan menghapuskan kekeliruan serta bagi meningkatkan pemahaman pelajar.
  3. Penegasan lebih khusus ke atas kemahiran mendengar bahasa berbanding membaca lisan.
Pertimbangan di atas sangat penting bgai semua pendekatan membaca dan perlu apabila membina rancanagn bacaan. Pelajar kadaangkala bimbang apabila membaca secara kuat, terutamanya dalam kumpulan yang ramai. Menggabungkan pendekatan kesusastran dengan mengajarasas membaca dan menjadikan pengajaran lebih menarik. Penggabungan penggunaan bahan kesusasteraan dengan pembacaan asas secara sepadu sangat memberikan faedah kepada pelajar.


6.9 PENDEKATAN MENGAJAR BACAAN


Peringkat Awal



Terdapat beberapa pendekatan mengajar peringkat asas iaitu:

  1. Pendekatan Binaan (Sintektik)
  • Kaedah abjad
Murid-murid perlu dilatih menyebut dan menghafal huruf daripada ‘a’ sehingga ‘z’. Kemudian murid mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.
  • Kaedah suku kata
Lanjutan daripada kaedah abjad. Penekana diberikan kepada dua jenis huruf iaitu vokal dan konsonan. Huruf konsonan dicantumkan dengan huruf vokal bagimenjadi suku kata. Suku kata pula digabungkan menjadi perkataan. Perkenalkan dahulu kata suku kata sebelum suku kata tertutup.
  • Kaedah Fonik
Bunyi-bunyi yang berkat dengan huruf diperkenalkan terlebih dahulu dan bukannya nama huruf. Kemudian bunyi-bunyi itu digabungkan menjadi perkataan. Kaedah ini sukar dilaksanakan terutamanya dalam membunyikan huruf konsonan.

       2. Pendekatan cerakinan (analitik)
  • Kaedah perkataan
Perkataan diperkenalkan dengan menggunakan kad perkataan. Sambil menunjukkan kad imbasan, minta murid menyebut perkataan itu beberapa kali. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.
  • Kaedah ayat dan cerita
Menekankan ayat sebagai unit yang bermakna dalam bacaan. Lebih menumpukan kepada bahan bacaan berbentuk cerita.


6.10 PENDEKATAN BACAAN ASAS PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM (PEBAS)

  • Pendekatan Gabungan Bunyi Kata
Ia menekankan aspek pendekatan asas berdasarkan faktor yang berikut. Antaranya ialah sistem ejaan bahasa Melayu bersifat fonemik, kebanyakan suku kata bahasa Melayu mudah dan jelas serta perkataan yang mula diperkenalkan sudah difahami maknanya oleh murid.
  • Pendekatan abjad dan suku kata
Pendekatan ini menekankan pengenalan abjad dan suku kata kepada murid. ia boleh dilaksanakan melalui :-

       a) Murid mengenali huruf dan juga hubungannya dengan bunyi.
       b) Huruf konsonan pula digabungkan dengan huruf vokal menjadikan suku kata
       c) Unit-unit kecil vokal juga digabungkan.
       d) Pelaksanaan latih tubi sehingga pelajar boleh mengikuti kemahiran yang diajar.
       e) Pengukuhan juga dilakukan melalui penulisan.

No comments:

Post a Comment