Mentaksir digunakan dalam bidang pengukuran, pengujian, dan penilaian yang bermatlamatkan menguji pencapaian murid pada satu-satu tahap pembelajaran. Pentaksiran sentiasa disepadukan dengan kaedah mengajar dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, dan berlaku di sepanjang pengajaran dan pembelajaran tersebut. Oleh itu, guru perlu mahir dalam pelbagai jenis alat pentaksiran dan berketerampilan menggunakannya pada masa yang paling efektif.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kewujudan ciri "penguasaan" sesuatu kemahiran membaca yang diajarkan oleh guru pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian yang boleh digunakan untuk mentafsir matlamat dan objektif pembelajaran bacaan.
Pentaksiran ini boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
Pentaksiran Sumantif
Pentaksiran ini biasanya dilakukan pada akhir sesuatu kursus atau projek. Di dalam pendidikan, pentaksiran sumantif digunakan untuk memberikan gred kursus yang diambil kepada murid.
Pentaksiran formatif.
Pentaksiran formatif biasanya diberikan kepada murid sepanjang sesuatu kursus atau projek. Pentaskiran formatif juga merujuk kepada pentaksiran pembelajaran, iaitu sebagai salah satu strategi membantu murid belajar. Dalam pendidikan, pentaksiran formatif ini mungkin berlaku kepada guru atau murid, memberikan maklum balas terhadap kerja murid, dan tidak semestinya dengan memberikan gred kerana tujuan pentaksiran jenis ini bukan untuk membandingkan pencapaian murid.
Pentaksiran Berasaskan Prestasi.
Pentaksiran kategori ini sama dengan pentaskiran sumatif kerana ia berfokuskan pencapaian. Biasanya ia berkait dengan pentaksiran berasaskan standard yang menggunakan tindak balas yang bebas berasaskan soalan-soalan yang standard. Tugasan yang diberikan itu didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta, penghasilkan atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Prestasi murid diukur daripada produk yang dihasilkan seperti mengecat, portfolio, pameran, atau kemungkinan sesuatu persembahan seperti ucapan, kemahiran atlit, muzik dan membaca.
Pentaksiran Internal dan Eksternal.
Pentaksiran internal ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru). Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat. Pentaksiran eksternal pula ditentukan oleh sesuata badana tau sindiket seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditandakan oleh pakar dari luar. Murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja dan mereka tidak dimaklumkan tentang kelemahan mereka.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
PBS ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung. Azizi (2010) mengatakan di dalam PBS guru berperanan untuk mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. guru juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak diajarkan dan ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekodkan hasil pentaksiran, menganalisis majlumat pentaksiran, melaporkan hasil pentaksiran dan membuat tindakan susulan.
Jadi, bagi melancarkan pelaksanaan PBS, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Dokumen Standard Prestasi sebagai panduan kepada guru. Di dalam dokumen tersebut terdapat pelbagai istilah yang diperkenalkan untuk manfaat guru dan perlu diketahui tafsirannya seperti yang dikehendaki oleh KPM. Contohnya, Band, Standand, dan Evidens antara istilah yang diberikan. Pentaksiran ini digunakan dalam proses mentaksir kemahiran membaca.
PROSES MENTAKSIR KEMAHIRAN MEMBACA
Dokumen Standard Prestasi Bahasa Melayu mengandungi 3 kemahiran asas iaitu:
- kemahiran lisan yang ditandai dengan “L”,
- kemahiran membaca yang ditandai dengan “B”
- kemahiran menulis yang ditandai dengan “T”.
- B1 bermaksud Pernyataan Standard Band 1,
- B1 DB1 bermaksud Pernyataan Standard Band 1,
- Deskriptor Kemahiran Membaca 1,
- B1 DB1 E1 bermaksud Pernyataan Standard Band 1,
- Deskriptor Kemahiran Membaca 1
- Evidens 1.
Maklumat lanjut tentang Standard Prestasi Kemahiran Membaca Tingkatan 1 dapat dilihat dalam Jadual 1 yang tertera di bawah.
Standard prestasi kemahiran membaca tingkatan 1 tersebut menjadi panduan kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran pengajaran sepanjang murid berada dalam tingkatan 1. Guru perlu sedar bahawa band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens sangat berkait. Oleh itu, guru perlu membaca dokumen standard prestasi secara melintang untuk memahami maksud sebenar sesuatu band. Sebagai contoh, jika guru membaca standand pernyataan dan deskriptor bagi band 1, guru tidak dapat memahami kehendak sebenar band tersebut. Apabila guru meneruskan pembacaan pada lajur evidens, barulah guru tahu bahawa kemahiran ini menekankan bacaan mekanis sahaja. Pernyataan pada lajur evidens ini memandu guru untuk menyediakan bahan pentaksiran kepada murid.
Dalam proses mentaksir, sebaik-baiknya guru perlu mula dari kemahiran yang paling mudah, iaitu band 1. Kemudian diikuti dengan band 2, 3 dan seterusnya band 6. Hal ini disebabkan kemahiran tersebut telah disusun dari mudah ke sukar mengikut band. Contohnya, murid perlu mengetahui perkara yang dibaca (band 1) sebelum mereka mengetahui, memahami dan memberikan respons dalam band 3.
Dalam proses persediaan untuk mentaksir murid, guru perlu menggunakan kreativiti mereka untuk memilih bahan yang sesuai. Contohnya, bagi deskriptor band 1, iaitu “membaca ayat daripada sesuatu sumber” guru perlu memastikan teks yang dipilih sesuai dengan tahap kemahiran membaca murid dan teks tersebut sesuai untuk bacaan mekanis. Jadi, teks tersebut mungkin teks puisi, teks ucapan, teks pengumuman, teks juruacara dan sebagainya. Setelah semuanya sempurna, barulah guru memikirkan alat yang akan digunakan untuk mengukur kemahiran pencapaian pernyataan standard tersebut. Contohnya, untuk mengukur B1DB1 E1 alat yang paling sesuai mungkin senarai semak atau inventori kerana eviden yang diperlukan ialah bacaan secara mekanis.
JADUAL 1
STANDARD PRESTASI KEMAHIRAN MEMBACA TINGKATAN 1
PENTAKSIRAN FORMAL
Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis seperti ujian, kuiz dan esei. Hasilnya murid akan diberikan markah dan gred. Pengurusan pentaksiran jenis ini lebih sistematik. Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Contohnya, Cikgu A bercadang menilai perkembangan muridnya dalam menjawab soalan pemikiran aras tinggi setelah 6 minggu pengajaran. Untuk tujuan tersebut, beliau memilih sebuah teks komsas yang dimiliki muridnya dan mengarahkan murinya membaca teks tersebut dari muka surat 1 hingga muka surat 50. Kemudian, murid tersebut dikehendaki menjawab 5 soalan aras aplikasi hingga aras menilai mengikut taksonomi Bloom dalam masa 1 jam. Keputusan pentaksiran ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat maklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini digolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.
Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam membaca sesuatu bahan bacaan. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu bahan bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam memahmi bahan yang berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran bacaan di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bacaan dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti bagi memastikan objeltif pembelajaran di kelas bacaan tercapai.
PENTAKSIRAN TAK FORMAL
Pentaksiran tak formal biasanya berlaku secara lebih bersahaja. Pentaksiran tak formal penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, petaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya 3 ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal.
a) Tujuan:
Pentaskiran tak formal bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan. Melalui pentaksiran ini guru dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid, memperbaiki kaedah pengajaran dan merancang program intervensi lebih awal untuk mengatasi masalah murid. Markah dan gred tidak dipentingkan dalam pentaskiran ini kerana tujuannya bukan untuk mengukur pencapaian murid. Oleh sebab itu, pentaksiran jenis ini kadang-kadang disebut juga sebagai penilaian formatif;
b) Pelaksanaan:
Pentaksiran tak formal berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca. Oleh sebab itu, melalui pentaksiran ini guru dapat mengikuti perkembangan pembelajaran murid. Evaluation Assistance Center (West) University of New Mexico menghuraikan kelebihan pentaksiran tak formal sebagai kaedah yang digunakan untuk pentaksiran tak formal juga pelbagai asalkan sesuai dengan objektif pengajaran pada hari yang berkenaan. Antara kaedah yang digunakan seperti pemerhatian, temu duga, pentaksiran prestasi, portfolio, perbincangan (konferensi), penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. Oleh sebab itu, pentaksiran ini kadangkala disebut juga sebagai pentaksiran alternatif atau pentaksiran autentik.
c) Alat pengukuran:
Pentaksiran formal biasanya menggunkan ujian pensel dan kertas sebagai instrumen. Dalam pentaksiran tidak formal, alat yang digunakan untuk mengukur perkembangan murid agak pelbagai dan bersesuaian dengan objrktif pentaksiran tersebut. Biasanya, instrument yang kerap digunakan ialah inventori, senarai semak, skala, rubrik, dan kadangkala catatan guru.
No comments:
Post a Comment